Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Entry kali ini aku tak tahu mahu mulakan bagaimana. Semalam aku melalui antara moment yang terindah dalam hidup aku. Fizz layan aku lebih baik daripada seorang Puteri. Mana je aku ajak tak pernah Fizz say no.
Aku semakin terharu setiap kali melihat Fizz dari dekat. Setiap bangun tidurku aku berdoa supaya dia adalah Cinta Mati dan Terakhir aku. Menjadi sebahagian dia sahaja adalah sepenuh aku. Aku akui,bukan mudah untuk aku memenuhkan hatinya hanya dengan aku. Tiada manusia yang sempurna. Tapi dengan kau gemok,cukup buat aku rasa yang namanya sempurna.
Aku akui juga,bahagia itu bukan datang bergolek. Tapi melihat kau dengan cara kau yang belum pernah aku dapatkan sebelum ini buat aku cinta kau lebih daripada akal aku mampu fikirkan. Kau sentiasa memilih untuk meminta maaf walau kadang aku yang terlampau. Kau sentiasa memilih untuk mendahulukan aku dalam setiap perkara. Kau memilih untuk memujuk walau kadang hati dimamah keegoan. Ini sesuatu yang tak pernah aku dapatkan.
Kau lain,kau sanggup melayan karenah aku hanya kerana mahu aku tersenyum. Kau sanggup melayan leteran aku hanya kerana untuk menjaga hati aku agar tidak terluka lagi. Langkah kau,cara kau,sifat kau sayang buat aku rasa tak mampu lagi nak jauh daripada kau. Kau mengenepikan semua keutamaan kau hanya demi serungkai senyum dari aku. Kau berjaya buat aku takut kehilangan kau nyawa.
Muhammad Fidzrie
Siapa kau pada aku hanya ALLAH yang Maha Mengetahui
Terima kasih kerana kau telah memenuhkan hati aku dengan kau saja
Ternyata hari ini
Baru aku sedar masih ada manusia yang sayangkan aku
Dan sudi pada aku
Masih ada kau rupanya yang ingin Cintakan aku
Terima kasih sayang kerana kau kemaskan compang campingnya aku
Menutup celaku
Menjaga santunku
Mengajar aku dalamnya sabar
Dan menjadikan aku perempuan yang kuat
Nukilan ini datang daripada hati
Yang kini sedang pulih kerana kau...
Melangkah semula bersama kau buat aku jadi lebih kuat menghadapi dunia
Terima kasih untuk kau Fizz
Syafiqa
21hb December 2014
2.28am












