Monday 10 December 2018

Ini Cerita Cinta Luna

Bismillahirrahmahnirrahim...

Sudah lama ingin aku dan hati membahaskan Cerita Cinta aku. Entry sebelum ni aku pernah aku ceritakan tentang Cinta matiku and i really mean it.

Hari ini aku ingin memberitahu dunia aku betul-betul jatuh cinta. Jatuh cinta dengan sepenuh hati aku. Cinta ini datang daripada ALLAH. Siapa aku untuk menyangkal cinta ini.



Entah kenapa aku biar cerita ini terlalu lama dalam draft


Moment Hospital

Assalamualaikum
Selasa 22 September 2015

Aku tak boleh tidur 😭😭

Dalam kepala macam-macam ada
Tengah sibuk prepare untuk majlis December ni,memang bukan setiap malam mampu tidur lena. Haha... Lama kan tak update apa-apa. Bukan apa,aku terlalu busy,kerja... Biasa lah

Dalam pada tak boleh ni,tiba-tiba aku teringat satu moment.

6.5.2015 Rabu
Malam tu macam biasa Jebat keluar minum  dengan kawan-kawan baik dia. Malam tu Jebat balik awal. Around two o'clock Jebat text. Aku macam biasalah,malam-malam memang akan membaca sampai tertidur. Masa Jebat text tu aku cepat-cepat buka whatsapp sebab bunyi text yang masuk terlalu bertalu. Of course aku risau. Tepat tekaan aku something is wrong. Jebat sakit perut sangat-sangat malam tu sampai muntah-muntah. Aku suruh dia tekan perut dia cari bahagian yang sakit,Jebat respon tekan tak sakit,tak tekan sakit. Dalam kepala aku ada something yang berlegar-legar. Then dalam sakit sampai kul 4pagi macam tu,Jebat senyap. Aku expect Jebat tidur,dalam masa  sama aku still risau.takut ganggu Jebat,aku amek keputusan tunggu Subuh.

Then masa Subuh tu aku call Jebat macam biasa,nak kejut bangun solat. Call banyak kali tak angkat,last aku call hp switch off. Hati dah tak sedap. Aku text aifa,adik Jebat untuk suh tengok kan abg dia,masa tu aifa suh call mak,sebab aifa kata mak and ayah bawak Jebat pergi hospital untuk kali ke 2 kt hospital Terendak. Aku risau sangat,aku terus call mak. Masa tu dh jam 7.30am.

Mak angkat,mak kata mereka kt Kecemasan Hospital Terendak. Jebat kena appendicitis. Nah!!!!! Tepat sangkaan aku. ALLAH 😢 Resah nya aku masa tu. Mak suh balik,aku kalau mak tak bagi pun aku nak balik jugak. Nyawa aku tu. Mak inform  yang Jebat akan dibawa ke Hospital Besar Melaka,untuk standby operation. Mereka naik ambulans. Masa terlalu pantas berlalu.

Jam 3pm
Aku  lepas setle semua urusan aku,aku shoot balik Melaka. 170km/hour kul 4 aku sampai hospital. Aku turun keta cari aifa yang memang tengah tunggu aku. Mak bagitau Jebat kena duduk 3rd class sebab takde insurans cover untuk dapat bed yang selesa. Aku cakap kat mak,apapun aku nk jumpa Jebat dulu.




Then mak bawak aku ke katil Jebat,aku tengok Jebat tidur dengan drip,berderai air mata aku. ALLAH je  yang tahu betapa lemah aku tengok nyawa aku sakit. Aku kejut Jebat,cepat Jebat buka mata,tengok aku,terus senyum. Sempat lagi tanya aku kenapa balik? Aku tiada jawapan,aku cuma jawab 'Selagi daya,aku mesti ada untuk kau'.

Aku ke kaunter nurse,untuk tanya all the procedure,boleh jadi aku nak biarkan nyawa aku berpeluh-peluh dengan sakit kat situ? Aku mintak 2nd class,nurse tu ckp Jebat takde insurans so kalau nak 2nd class,kena bayar. Aku pergi withdraw duit,aku pergi billing,aku mintak Jebat transfer kt 1st class,tp kat situ cuma ada 2nd n 3rd class,aku call mak,mak kata masuk 2nd class pun xpe,sebab ada aircond. Mak balik rumah dengan aifa dan ayah. Lepas aku setle bil,aku naik wad Jebat dan mintak staff kat situ tukar katil Jebat. Masuk bilik Jebat ada 3 lagi pesakit dalam bilik tu. Tapi Jebat nampak ok sikit.
Aku lega.

Lepas siap mandi dan solat Maghrib,mak ayah and aifa datang. Bawak makanan. Aku dah dapat sambung cuti. Aku plan nak jaga Jebat malam tu.  Tapi mak risau kan aku,so mak suh ayah jaga. Since Jebat insist nk aku jaga,lepas makan mak ayah n aifa balik rumah. Aku ke katil Jebat,tengok kalau-kalau nyawa aku perlukan apa-apa. Around 10pm pakar datang and bagitau Jebat kena operate segera. Aku tengok Jebat resah. Takut barangkali. Aku terangkan semua detail procedure untuk appendicetomy,aku taknak Jebat risau.

Aku paksa Jebat untuk tidur. Lepas Jebat tidur,aku yang tak boleh tidur. Aku pulak yang risau. Aku text kawan-kawan Jebat yang rapat dengan aku untuk inform. Malam tu perut Jebat sakit lagi tapi tak kuat sangat. Jadi aku tolong gosok pinggang Jebat untuk kurangkan sakit. Jebat terlelap lagi. Aku masih tak boleh tidur.

Jam 4pg
Ppk datang bawak stretcher dan gaun ot. Aku dah agak mesti operate ari ni jugak. Aku kejut Jebat untuk bangun dan tukar persalinan untuk ke ot. Then lepas aku sain borang keizinan untuk operation,aku tolong tolak stretcher Jebat jugak untuk ke bilik bedah. Sampai bilik bedah,aku bagi semangat kt Jebat,aku cakap 'I promise you will be alright'. Sayu Jebat pandang aku dan cakap 'I love you sayang',aku cuma mampu senyum dan cakap 'I love you too'.

Jam 4.30pg
Jebat masuk bilik bedah. Aku inform mak. Mak tak reply. Tidur agaknya sebab penat seharian kt hospital. Aku kt luar dewan bedah cuma berDOA semoga Jebat baik-baik saja.

Jam 8.30pg
Aku tunggu dari 4.30 pagi kat luar dewan bedah,hati ni ALLAH je yang tahu. Ramai dah aku tengok nurse tolak patient,tp mana nyawa aku. Akhirnya aku nampak dari jauh kelibat macam Jebat aku,dia angkat kepala dan cari aku,aku tengok terus aku bangun,kami balik wad. Sampai wad aku kemas kan katil,transfer Jebat ke katil dia,selesa kan dia,i talked to the doctor,and bila dah tahu plan sume aku lega. Kul 10am mak dtg ngan aifa bawak makan,macam mana aku nk makan sedangkan nyawa aku tak boleh makan apa-apa.

Jam 11pagi
Doctor round wad
buah hati aku tidur tapi nampak concious. Doctor kata lg 2 hari boleh balik,aku lega. Aku fikir nak sambung cuti tapi aku decide untuk masuk kerja memandangkan keadaan jebat makin stabil. Esoknya dah boleh makan sikit-sikit,dah tak sakit masa berjalan pergi bilik air. Hari ke 2 lepas operate jebat dah boleh discharge,mak yang ambil jebat,aku decide untuk balik KL.

Alhamdulillah jebat is getting well,even aku jauh,DOA aku sentiasa untuk kau sayang

Moment dekat hospital ni aku memang takkan lupa sampai bila-bila. Sebab aku dah pernah lalu kehilangan yang sangat sakit,aku taknak perkara sama berlaku lagi. Selagi daya,aku akan cuba bagi yang terbaik untuk sayang

Hari ini Jebat @ Fizz,dah jadi suami aku. Tambah moment dekat hospital lagi,next story continue. Moment 2015 tu pun hari ni baru aku mampu publish,aku perlu lebih masa

Love,
Syafiqa

Sunday 21 December 2014

Luna : Antara Moment

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...




Entry kali ini aku tak tahu mahu mulakan bagaimana. Semalam aku melalui antara moment yang terindah dalam hidup aku. Fizz layan aku lebih baik daripada seorang Puteri. Mana je aku ajak tak pernah Fizz say no.

Aku semakin terharu setiap kali melihat Fizz dari dekat. Setiap bangun tidurku aku berdoa supaya dia adalah Cinta Mati dan Terakhir aku. Menjadi sebahagian dia sahaja adalah sepenuh aku. Aku akui,bukan mudah untuk aku memenuhkan hatinya hanya dengan aku. Tiada manusia yang sempurna. Tapi dengan kau gemok,cukup buat aku rasa yang namanya sempurna. 




Aku akui juga,bahagia itu bukan datang bergolek. Tapi melihat kau dengan cara kau yang belum pernah aku dapatkan sebelum ini buat aku cinta kau lebih daripada akal aku mampu fikirkan. Kau sentiasa memilih untuk meminta maaf walau kadang aku yang terlampau. Kau sentiasa memilih untuk mendahulukan aku dalam setiap perkara. Kau memilih untuk memujuk walau kadang hati dimamah keegoan. Ini sesuatu yang tak pernah aku dapatkan.







Kau lain,kau sanggup melayan karenah aku hanya kerana mahu aku tersenyum. Kau sanggup melayan leteran aku hanya kerana untuk menjaga hati aku agar tidak terluka lagi. Langkah kau,cara kau,sifat kau sayang buat aku rasa tak mampu lagi nak jauh daripada kau. Kau mengenepikan semua keutamaan kau hanya demi serungkai senyum dari aku. Kau berjaya buat aku takut kehilangan kau nyawa.





Muhammad Fidzrie
Siapa kau pada aku hanya ALLAH yang Maha Mengetahui
Terima kasih kerana kau telah memenuhkan hati aku dengan kau saja

Ternyata hari ini
Baru aku sedar masih ada manusia yang sayangkan aku
Dan sudi pada aku
Masih ada kau rupanya yang ingin Cintakan aku

Terima kasih sayang kerana kau kemaskan compang campingnya aku
Menutup celaku
Menjaga santunku
Mengajar aku dalamnya sabar
Dan menjadikan aku perempuan yang kuat



Nukilan ini datang daripada hati
Yang kini sedang pulih kerana kau...


Melangkah semula bersama kau buat aku jadi lebih kuat menghadapi dunia
Terima kasih untuk kau Fizz

Syafiqa
21hb December 2014
2.28am






Tuesday 4 November 2014

Luna : Konvo Zauj 1.11.2014

Assalamualaikum..:-)

Lambat sikit update my new story. Penat sangat sampai tak sempat nak bukak laptop pun. Ok,let's go to y story. Today is Isnin right. Jumaat malam hari tu Zauj Fizz datang kat umah aku kat KL. Datang ambil kereta sebab Sabtu pagi tu kami nak ke SACC Shah Alam. Fizz nak konvo!!!!!!!!!!!!!

*mood aku happy for him lh of course

Pada awalnya aku taknak pergi,tapi Jumaat malam tu mak call aku suruh teman Fizz pergi konvo,aku memang plan dah nak pergi thats why aku ambil cuti panjang. Then,bila mak call aku lagi kena pergi lah kan. Haha...

Then esoknya kul 6.30am,Fizz samopai kat umah aku,dalam 7.30 kitaorang sampai parking SACC. Ramai betul orang. Best. Kitaorang tunggu kawan-kawan Fizz sampai then gerak pergi ambil jubah and bag sesama. Best lah because aku tak rasa asing dengan diaorang. Kawan-kawan Fizz semuanya ok. Fizz pun tak abaikan aku. Stay je dengan aku. *mood aku bahagia. Lepas ambil jubah,Fizz datang dekat aku. Dia pakaikan topi dia dekat aku. It was a 'bahagia' feeling ever.

Tapi sayang nya,Convo CILT ni parents yang tak bayar rm100 tak boleh masuk termasuklah aku. Then aku pergilah jalan-jalan dengan member Persatuan Awek-awek Mimet. Haha... So that aku dapat 2orang kawan baru. Having fun by walking to 3 Mall (Plaza Alam Sentral,SACC Mall and Plaza PKNS of course) in 1 hour while waiting our boys taking their scroll.

Fine!! Penat sangat. Kitaorang pergi makan,bila dah lama sangat makan,kitaorang gerak semula g SACC. Aku dengan wedges nak jugak melecet agaknya kaki ni. Haha...

Then,Fizz dah ambil scroll. Akupun masuk dalam dewan. Aku tak pakai spec so that aku tak nampak mana Fizz because so many people there. Then,Fizz came and get me. 'Sayang,jom selfie!!' Aku gelak je.

Fizz hold my hands,walking together,sambil bukak topi dia and pakaikan semula dekat kepala aku. Dia tengok aku. Aku memang tak dapat nafikan. Aku bahagia.






ALLAHUAKBAR...

Aku sangat bahagia. ALLAH je yang tahu. Fizz layan aku sampai aku lupa aku antara orang asing disitu. Terima kasih nyawa. Sumpah aku sayang kau sangat-sangat.

Petang tu aku drive balik Melaka. Jalan kt Seremban punyalah jam. Fizz dah tertidur kt kerusi sebelah. Mengantuk sangat agaknya. Aku pun dah pening kepala dek panas matahri degngan jalan yang jam lagi. So aku buat keputusan untuk berehat di RnR Seremban. 

Aku stopkan kereta dekat tempat parking. Aku tengok Fizz masih lena dibuai mimpi. ALLAH,lelaki yang tidur di kerusi sebelah ini bakal suami aku. Kasihan,penat sangat nampaknya dia. Aku tenung dalam-dalam muka Fizz. ALLAH... Semakin aku renung,semakin rindu pada nyawa.

 Sayang,aku sayang dan cinta sangat dekat kau. Jagalah diri kau nyawa. Jagalah hati,jaga iman dan jagalah aku dengan baik sayang. Belum pernah aku rasa perasaan sehebat ini sayang. Kau depan mata pun aku rindu,apatah lagi bila kita berjauhan.

Akhirnya aku terlelap-----------------------

Pin pin!!!!!!!!!!!!

Aku tersentak dari lelap serentak dengan Fizz dek kerana terkejut bunyi hon orang sebelah. Haha...

Bangun je kitaorang terus pergi makan. Aku drive sampai PD. Fizz sambung drive sampai Melaka. Balik tu,sempat kami singgah ke pantai untuk berselfie. Haha. Just want to spend time together.

Pantai memang indah. Seindah cerita cinta kami. Terima kasih ALLAH... Aku sayang ALLAH,aku sayang kau Fidzrie.






Sungguh bila yang namanya perancangan ALLAH itu sangatlah indah. Terima kasih nyawa bila kau buat aku rasa kau selalu dekat.

WALLAHI,aku sangat sayang dan cinta kau sayang.
Jangan pernah menjauh walau seinci,
Kekallah bersama walau banyak compang campingnya aku.
Sudi lah kau menerima aku walau banyak celanya aku sayang...

Aku cinta kau seadanya
Terima kau apa adanya
Belajar menerima kurang kau sentiasa aku cuba
Melihat kau sebagai sempurna

Salam sayang dari Zaujah Fiqa,
Syafiqa

Saturday 4 October 2014

Luna : Tempat biasa

Assalamualaikum...

Macam biasa lah bila aku dh balik Melaka kan. Mesti nak update entry. Hari ini aku bahagia. 1st sekali sebab esok raya Qurban. And mak (fizz mom) call aku pagi-pagi lagi tadi. Ajak buat Qurban bersama. Asalnya aku dah pening and tak tahu nak buat Qurban dekat mana tapi memang teringin sangat nak buat. 

Syukur Alhamdulillah... ALLAH tolong mudahkan urusan aku. Dapat jugak aku rezeki untuk letak satu nama tahun ni. AidilAdha tahun ini mengajar erti pengorbanan sebenar. Bila kita betul-betul ikhlas untuk berkorban ALLAH akan berikan jalan dan tidak akan biarkan umat-NYA berkorban dengan sia-sia. Dia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Terima kasih ALLAH..:')



Ok,now for the 2nd one... Aku keluar dengan nyawa just now. Tak boleh kuar lama sebab nyawa nk ke Markas n Asar kat sana. So kami keluar awal. And decide untuk balik awal. Nak kuar malam jauh sekali kerana kami dah deal untuk tidak lagi keluar malam kecuali untuk perkara atau jika ada urusan tertentu.

Semuanya dilakukan kerana ALLAH dan kerana kami sangat mencintai antara satu sama lain. Bagi mengelakkan fitnah manusia,dan bagi mengelakkan kami sendiri terjebak dengan zina.

Ah,maaf,terpesong sekejap daripada landasan.

Haha... sebenar nya nak cakp,tadi kami beli nasi kukus ayam berempah. Tak tahu nak makan dekat mana. Last sekali nyawa decide nak makan "tempat biasa". Aku terfikir mana agaknya tempat biasa itu ya.

Yang aku tahu selalunya kami suka makan tepi pantai. Nah!!!!!!!!!! Ternyata itulah tempat biasa kami. Untuk pertama kalinya nyawa bagi nama bagi suatu moment in our relationship.

Biar bagi orang itu perkara biasa,tapi bagi aku itu luar biasa.



Indah,
Terima kasih bawak aku berjalan hari ini.
Biar sekejap asal kita hanya bercerita tentang kita
Biar sekejap asal hanya ada kita dalam cerita ini
Biar sekejap asal kau ada dengan aku sentiasa..:-)

Petang ini
Sangat buat aku tersenyum
Kau suapkan aku makan sampai habis
Itu yang buat aku lupa aku pernah menangis
Itu bahagia bagi aku

Terima kaih sayang
Kau tidak jemu melayan karenah aku yang macam anak kecil yang kuat merengek
Kau tidak jemu memujuk tatkala aku menangis
Kau sentiasa tahan kalau yang salah aku
Kau tidak marah bila yang lancang keluar daripada mulut aku
Terima kasih nyawa
Andai nafas aku terhenti disini
Kau perlu tahu tidak aku menyesal mencintai kau

Hari ini
Aku nak bagitahu jugak
Nak cakap terima kasih jugak kerana kau banyak ajarkan aku apa itu agama
Apa itu ISLAM
Terima kasih sebab selalu merungkai apa yang kepala aku tak mampu ungkaikan
Terima kasih sebab selalu bawak aku ke Masjid-masjid yang indah
Terima kasih sebab kau ajarkan aku apa itu senyum dan ketawa

Bahagiaku daripada ALLAH
ALLAH datangkan kau sebagai asbab nya



Semoga cinta kita bersatu Dunia Akhirat hingga ke Syurga
Jagalah diri kamu nyawa

Nukilan petang AidiAdha
09Zulhijjah1435Hijrah
Dari KasihZaujah buat IndahZauj
Kerana ALLAH bersatunya dua hati ini
Semoga Kekal Hingga Syurga
Aameen Ya Rauf
Aameen ya Rabbal A'lameen..:')


  

Thursday 2 October 2014

Luna : Berniqab

Assalamualaikum...

Hari ini aku nak bercerita tentang sesuatu. Perkara pelik berlaku pada aku beberapa minggu kebelakangan ini. Beberapa malam lepas,aku bermimpi didatangi seorang wanita. Daripada gayanya aku kelihatan seperti biasa melihat wanita itu. Datang kepadaku memberi sehelai kain kecil dan berkata "Kau indah,kau terpilih..."Tak lama kemudian datang sekumpulan wanita yang berpakaian sama seperti wanita yang memberi aku kain kecil tadi. Datang dengan satu cahaya terang yang aku tak tahu entah dari mana. Tiba-tiba aku tersedar. Aku sedang menangis. Apa semua ini... apa yang cuba disampaikan kepada aku.



Lalu aku bangkit daripada katil,melihat hanger yang aku gantungkan semua purdahku. Dan baru aku perasan dalam banyak-banyak purdah yang aku ada,cuma ada satu je purdah yang tidak pernah aku pakai. Dan purdah itu persis sekali dengan kain kecil yang diberi wanita dalam mimpi aku tadi. Purdah itu diberi oleh seorang pesakit aku kerana aku menjaga anaknya sepanjang anaknya berada di wad aku.
ALLAHU...

Aku akui aku berpurdah,tapi hanya pada waktu tertentu. Aku berpurdah ketika ke majlis-majlis Ilmu. Aku berpurdah apabila kaki kananku melangkah masuk ke dalam rumah ALLAH. Tapi sahabat aku bagitahu tidak mengapa jika begitu. Kerana aku masih lagi belajar tentang Islam,Aurat,Niqab dan purdah. Sahabat aku yang banyak membantu aku dalam penghijrahan aku. Terima kasih Farhana Ramadhan (Seorang Niqabis yang kuat).

Apa yang aku cuba untuk higlight kan kat sini is janganlah kamu beramal jika kamu belum berilmu.

Beberapa tahun lepas semasa aku belajar tentang penutupan Aurat yang sempurna,aku didatangi mimpi pelik juga. Aku dikerumuni sekumpulan wanita berniqab. Dan pada masa itu aku berasa sangat malu kerana hanya aku yang tidak berniqab. Rasa malu seolah-olah aku telanjang di padang pasir. Pada masa itulah aku terfikir untuk berpurdah dan mendapatkan Farhana untuk bantu aku.

Maka hijrah aku dimulakan dengan yang ringan. Sehingga hari ini aku belum cukup kuat untuk berpurdah tetapi semakin berani untuk memakainya. Terima kasih ALLAH.





Cuba kita renungkan : 


    SAHAJA AKU BERNIQAB HANYA KERANA ALLAH TAALA

Untuk berniqab kita kena kuat. Kena Istiqomah. ALLAH menggerakkan hati kita untuk berpurdah dan berniqab,siapa kita untuk menolaknya. Tetapi kita perlu belajar lebih lagi tentang hijrah ini.





Sebelum berniqab kita perlu :

Selidik hukumnya,selidik sirahnya,selidik sunnahnya,bertanya pada yang lebih Ariff. Cari ilmu sebanyak mungkin. Kemudian beramal lah. Jangan beramal membuta tuli kerana HANYA YANG KUAT HATI DAN IMAN NYA MAMPU MENANGKIS SEGALA KEMUNGKINAN APABILA KITA MEMILIH UNTUK BERNIQAB DAN BERPURDAH.

Yang paling penting,niqab kan hati dulu,jangan selalu bersangka buruk. Niqabkan jiwa jangan selalu bersalah sangka.Niqabkan akal jangan selalu merasa diri betul. Niqabkan percakapan jangan bercakap tentang benda yang tidak perlu. Barulah niqabkan wajah untuk menutup pintu fitnah.

Jangan berniqab atau berpurdah kerana fesyen dan ikut-ikutan. Jangan berniqab jika kau memakai tudung yang singkat. Jangan berniqab jika aurat tangan kau abaikan,jangan berniqab jika kaki yang putih terdedah buat tatapan. Jangan berniqab jika mata dihias dengan solekan secara berlebihan.




Tetapi berniqablah kerana menjaga agama ALLAH,menghindari fitnah, menjaga Aurat dan maruah kerana SUNNAH. Bukankah disetiap SUNNAH ada kejayaan??

Jangan sampai kain cebisan penutup muka itu kian pudar penghormatannya.

DI MANAKAH PERJUANGAN KITA..?DI MANAKAH PERJUAGAN KITA UNTUK MENGELAK FITNAH..?DI MANAKAH KITA UNTUK MENGAPAI REDHANYA..? 
Terimalah aku seadanya... Terimalah aku dan niqabku...

x

Monday 15 September 2014

Luna : Aku sayang kau Zaujah!!!!

Assalamualaikum dunia... Indah nya hari ini... Seharian tak jumpa buah hati beta,then just now buah hati datang hantar kereta beta.

Masuk je kereta sebab nak hantar buah hati ke bengkel semula,terus dia cakap "Dengan tracksuit kau dah macam budak sekolah"... Haha... I admit it. Aku dah lama xpkai seluar tracksuit. Sejak2 dah ladies ni kan. Tiba2 teringat masa sekolah 10 tahun lepas. Memang setiap kali jumpa buah hati aku akan pakai tracksuit dengan tshirt je. Rambut ikat ponytail je. Cuma beza dengan situasi tadi aku bertudung...



Dalam keta,tiba2 buah hati pandang aku then cakap "Aku sayang kau Zaujah!!!!" Dengan mimik muka dia macam tu buat aku teringat semua kenangan kami 10 tahun lalu. Biar aku hidup dalam kenangan. Aku tak kisah kerana terlalu banyak yang indah tentang cerita Cinta kami.

Sayang ku Zauj,
Kau terindah sejak pertama kali kita kenal,
Tidak pernah aku menyesal dengan apa yang pernah terjadi 8 tahun lepas,
Kerana aku mendapatkan kau dalam keadaan yang lebih Sempurna pada mata aku,
Sempurna pada hati aku,
Dan sempurna pada jiwa aku...

Tadi aku tak reply apa yang kau cakap,tapi sebenar nya aku jawab dalam hati aku sayang...

Aku sayang kau Zauj!!!!!!!
Selamanya dari Dunia,Akhirat hingga ke Syurga...