Bismillahirrahmanirrahim... Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Entry kali ini aku tak tahu mahu mulakan bagaimana. Semalam aku melalui antara moment yang terindah dalam hidup aku. Fizz layan aku lebih baik daripada seorang Puteri. Mana je aku ajak tak pernah Fizz say no. Aku semakin terharu setiap kali melihat Fizz dari dekat. Setiap bangun tidurku aku berdoa supaya dia adalah Cinta Mati dan Terakhir aku. Menjadi sebahagian dia sahaja adalah sepenuh aku. Aku akui,bukan mudah untuk aku memenuhkan hatinya hanya dengan aku. Tiada manusia yang sempurna. Tapi dengan kau gemok,cukup buat aku rasa yang namanya sempurna.
Aku akui juga,bahagia itu bukan datang bergolek. Tapi melihat kau dengan cara kau yang belum pernah aku dapatkan sebelum ini buat aku cinta kau lebih daripada akal aku mampu fikirkan. Kau sentiasa memilih untuk meminta maaf walau kadang aku yang terlampau. Kau sentiasa memilih untuk mendahulukan aku dalam setiap perkara. Kau memilih untuk memujuk walau kadang hati dimamah keegoan. Ini sesuatu yang tak pernah aku dapatkan.
Kau lain,kau sanggup melayan karenah aku hanya kerana mahu aku tersenyum. Kau sanggup melayan leteran aku hanya kerana untuk menjaga hati aku agar tidak terluka lagi. Langkah kau,cara kau,sifat kau sayang buat aku rasa tak mampu lagi nak jauh daripada kau. Kau mengenepikan semua keutamaan kau hanya demi serungkai senyum dari aku. Kau berjaya buat aku takut kehilangan kau nyawa.
Muhammad Fidzrie Siapa kau pada aku hanya ALLAH yang Maha Mengetahui Terima kasih kerana kau telah memenuhkan hati aku dengan kau saja Ternyata hari ini Baru aku sedar masih ada manusia yang sayangkan aku Dan sudi pada aku Masih ada kau rupanya yang ingin Cintakan aku Terima kasih sayang kerana kau kemaskan compang campingnya aku Menutup celaku Menjaga santunku Mengajar aku dalamnya sabar Dan menjadikan aku perempuan yang kuat
Nukilan ini datang daripada hati Yang kini sedang pulih kerana kau...
Melangkah semula bersama kau buat aku jadi lebih kuat menghadapi dunia Terima kasih untuk kau Fizz Syafiqa 21hb December 2014 2.28am
Lambat sikit update my new story. Penat sangat sampai tak sempat nak bukak laptop pun. Ok,let's go to y story. Today is Isnin right. Jumaat malam hari tu Zauj Fizz datang kat umah aku kat KL. Datang ambil kereta sebab Sabtu pagi tu kami nak ke SACC Shah Alam. Fizz nak konvo!!!!!!!!!!!!!
*mood aku happy for him lh of course
Pada awalnya aku taknak pergi,tapi Jumaat malam tu mak call aku suruh teman Fizz pergi konvo,aku memang plan dah nak pergi thats why aku ambil cuti panjang. Then,bila mak call aku lagi kena pergi lah kan. Haha...
Then esoknya kul 6.30am,Fizz samopai kat umah aku,dalam 7.30 kitaorang sampai parking SACC. Ramai betul orang. Best. Kitaorang tunggu kawan-kawan Fizz sampai then gerak pergi ambil jubah and bag sesama. Best lah because aku tak rasa asing dengan diaorang. Kawan-kawan Fizz semuanya ok. Fizz pun tak abaikan aku. Stay je dengan aku. *mood aku bahagia. Lepas ambil jubah,Fizz datang dekat aku. Dia pakaikan topi dia dekat aku. It was a 'bahagia' feeling ever.
Tapi sayang nya,Convo CILT ni parents yang tak bayar rm100 tak boleh masuk termasuklah aku. Then aku pergilah jalan-jalan dengan member Persatuan Awek-awek Mimet. Haha... So that aku dapat 2orang kawan baru. Having fun by walking to 3 Mall (Plaza Alam Sentral,SACC Mall and Plaza PKNS of course) in 1 hour while waiting our boys taking their scroll.
Fine!! Penat sangat. Kitaorang pergi makan,bila dah lama sangat makan,kitaorang gerak semula g SACC. Aku dengan wedges nak jugak melecet agaknya kaki ni. Haha...
Then,Fizz dah ambil scroll. Akupun masuk dalam dewan. Aku tak pakai spec so that aku tak nampak mana Fizz because so many people there. Then,Fizz came and get me. 'Sayang,jom selfie!!' Aku gelak je.
Fizz hold my hands,walking together,sambil bukak topi dia and pakaikan semula dekat kepala aku. Dia tengok aku. Aku memang tak dapat nafikan. Aku bahagia.
ALLAHUAKBAR...
Aku sangat bahagia. ALLAH je yang tahu. Fizz layan aku sampai aku lupa aku antara orang asing disitu. Terima kasih nyawa. Sumpah aku sayang kau sangat-sangat.
Petang tu aku drive balik Melaka. Jalan kt Seremban punyalah jam. Fizz dah tertidur kt kerusi sebelah. Mengantuk sangat agaknya. Aku pun dah pening kepala dek panas matahri degngan jalan yang jam lagi. So aku buat keputusan untuk berehat di RnR Seremban.
Aku stopkan kereta dekat tempat parking. Aku tengok Fizz masih lena dibuai mimpi. ALLAH,lelaki yang tidur di kerusi sebelah ini bakal suami aku. Kasihan,penat sangat nampaknya dia. Aku tenung dalam-dalam muka Fizz. ALLAH... Semakin aku renung,semakin rindu pada nyawa.
Sayang,aku sayang dan cinta sangat dekat kau. Jagalah diri kau nyawa. Jagalah hati,jaga iman dan jagalah aku dengan baik sayang. Belum pernah aku rasa perasaan sehebat ini sayang. Kau depan mata pun aku rindu,apatah lagi bila kita berjauhan.
Akhirnya aku terlelap-----------------------
Pin pin!!!!!!!!!!!!
Aku tersentak dari lelap serentak dengan Fizz dek kerana terkejut bunyi hon orang sebelah. Haha...
Bangun je kitaorang terus pergi makan. Aku drive sampai PD. Fizz sambung drive sampai Melaka. Balik tu,sempat kami singgah ke pantai untuk berselfie. Haha. Just want to spend time together.
Pantai memang indah. Seindah cerita cinta kami. Terima kasih ALLAH... Aku sayang ALLAH,aku sayang kau Fidzrie.
Sungguh bila yang namanya perancangan ALLAH itu sangatlah indah. Terima kasih nyawa bila kau buat aku rasa kau selalu dekat.
WALLAHI,aku sangat sayang dan cinta kau sayang.
Jangan pernah menjauh walau seinci,
Kekallah bersama walau banyak compang campingnya aku.
Sudi lah kau menerima aku walau banyak celanya aku sayang...
Assalamualaikum... Macam biasa lah bila aku dh balik Melaka kan. Mesti nak update entry. Hari ini aku bahagia. 1st sekali sebab esok raya Qurban. And mak (fizz mom) call aku pagi-pagi lagi tadi. Ajak buat Qurban bersama. Asalnya aku dah pening and tak tahu nak buat Qurban dekat mana tapi memang teringin sangat nak buat. Syukur Alhamdulillah... ALLAH tolong mudahkan urusan aku. Dapat jugak aku rezeki untuk letak satu nama tahun ni. AidilAdha tahun ini mengajar erti pengorbanan sebenar. Bila kita betul-betul ikhlas untuk berkorban ALLAH akan berikan jalan dan tidak akan biarkan umat-NYA berkorban dengan sia-sia. Dia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Terima kasih ALLAH..:')
Ok,now for the 2nd one... Aku keluar dengan nyawa just now. Tak boleh kuar lama sebab nyawa nk ke Markas n Asar kat sana. So kami keluar awal. And decide untuk balik awal. Nak kuar malam jauh sekali kerana kami dah deal untuk tidak lagi keluar malam kecuali untuk perkara atau jika ada urusan tertentu. Semuanya dilakukan kerana ALLAH dan kerana kami sangat mencintai antara satu sama lain. Bagi mengelakkan fitnah manusia,dan bagi mengelakkan kami sendiri terjebak dengan zina. Ah,maaf,terpesong sekejap daripada landasan. Haha... sebenar nya nak cakp,tadi kami beli nasi kukus ayam berempah. Tak tahu nak makan dekat mana. Last sekali nyawa decide nak makan "tempat biasa". Aku terfikir mana agaknya tempat biasa itu ya. Yang aku tahu selalunya kami suka makan tepi pantai. Nah!!!!!!!!!! Ternyata itulah tempat biasa kami. Untuk pertama kalinya nyawa bagi nama bagi suatu moment in our relationship. Biar bagi orang itu perkara biasa,tapi bagi aku itu luar biasa.
Indah, Terima kasih bawak aku berjalan hari ini. Biar sekejap asal kita hanya bercerita tentang kita Biar sekejap asal hanya ada kita dalam cerita ini Biar sekejap asal kau ada dengan aku sentiasa..:-) Petang ini Sangat buat aku tersenyum Kau suapkan aku makan sampai habis Itu yang buat aku lupa aku pernah menangis Itu bahagia bagi aku Terima kaih sayang Kau tidak jemu melayan karenah aku yang macam anak kecil yang kuat merengek Kau tidak jemu memujuk tatkala aku menangis Kau sentiasa tahan kalau yang salah aku Kau tidak marah bila yang lancang keluar daripada mulut aku Terima kasih nyawa Andai nafas aku terhenti disini Kau perlu tahu tidak aku menyesal mencintai kau Hari ini Aku nak bagitahu jugak Nak cakap terima kasih jugak kerana kau banyak ajarkan aku apa itu agama Apa itu ISLAM Terima kasih sebab selalu merungkai apa yang kepala aku tak mampu ungkaikan Terima kasih sebab selalu bawak aku ke Masjid-masjid yang indah Terima kasih sebab kau ajarkan aku apa itu senyum dan ketawa Bahagiaku daripada ALLAH ALLAH datangkan kau sebagai asbab nya
Semoga cinta kita bersatu Dunia Akhirat hingga ke Syurga Jagalah diri kamu nyawa Nukilan petang AidiAdha 09Zulhijjah1435Hijrah Dari KasihZaujah buat IndahZauj Kerana ALLAH bersatunya dua hati ini Semoga Kekal Hingga Syurga Aameen Ya Rauf Aameen ya Rabbal A'lameen..:')
Hari ini aku nak bercerita tentang sesuatu. Perkara pelik berlaku pada aku beberapa minggu kebelakangan ini. Beberapa malam lepas,aku bermimpi didatangi seorang wanita. Daripada gayanya aku kelihatan seperti biasa melihat wanita itu. Datang kepadaku memberi sehelai kain kecil dan berkata "Kau indah,kau terpilih..."Tak lama kemudian datang sekumpulan wanita yang berpakaian sama seperti wanita yang memberi aku kain kecil tadi. Datang dengan satu cahaya terang yang aku tak tahu entah dari mana. Tiba-tiba aku tersedar. Aku sedang menangis. Apa semua ini... apa yang cuba disampaikan kepada aku.
Lalu aku bangkit daripada katil,melihat hanger yang aku gantungkan semua purdahku. Dan baru aku perasan dalam banyak-banyak purdah yang aku ada,cuma ada satu je purdah yang tidak pernah aku pakai. Dan purdah itu persis sekali dengan kain kecil yang diberi wanita dalam mimpi aku tadi. Purdah itu diberi oleh seorang pesakit aku kerana aku menjaga anaknya sepanjang anaknya berada di wad aku.
ALLAHU...
Aku akui aku berpurdah,tapi hanya pada waktu tertentu. Aku berpurdah ketika ke majlis-majlis Ilmu. Aku berpurdah apabila kaki kananku melangkah masuk ke dalam rumah ALLAH. Tapi sahabat aku bagitahu tidak mengapa jika begitu. Kerana aku masih lagi belajar tentang Islam,Aurat,Niqab dan purdah. Sahabat aku yang banyak membantu aku dalam penghijrahan aku. Terima kasih Farhana Ramadhan (Seorang Niqabis yang kuat).
Apa yang aku cuba untuk higlight kan kat sini is janganlah kamu beramal jika kamu belum berilmu.
Beberapa tahun lepas semasa aku belajar tentang penutupan Aurat yang sempurna,aku didatangi mimpi pelik juga. Aku dikerumuni sekumpulan wanita berniqab. Dan pada masa itu aku berasa sangat malu kerana hanya aku yang tidak berniqab. Rasa malu seolah-olah aku telanjang di padang pasir. Pada masa itulah aku terfikir untuk berpurdah dan mendapatkan Farhana untuk bantu aku.
Maka hijrah aku dimulakan dengan yang ringan. Sehingga hari ini aku belum cukup kuat untuk berpurdah tetapi semakin berani untuk memakainya. Terima kasih ALLAH.
Cuba kita renungkan :
SAHAJA AKU BERNIQAB HANYA KERANA ALLAH TAALA
Untuk berniqab kita kena kuat. Kena Istiqomah. ALLAH menggerakkan hati kita untuk berpurdah dan berniqab,siapa kita untuk menolaknya. Tetapi kita perlu belajar lebih lagi tentang hijrah ini.
Sebelum berniqab kita perlu :
Selidik hukumnya,selidik sirahnya,selidik sunnahnya,bertanya pada yang lebih Ariff. Cari ilmu sebanyak mungkin. Kemudian beramal lah. Jangan beramal membuta tuli kerana HANYA YANG KUAT HATI DAN IMAN NYA MAMPU MENANGKIS SEGALA KEMUNGKINAN APABILA KITA MEMILIH UNTUK BERNIQAB DAN BERPURDAH.
Yang paling penting,niqab kan hati dulu,jangan selalu bersangka buruk. Niqabkan jiwa jangan selalu bersalah sangka.Niqabkan akal jangan selalu merasa diri betul. Niqabkan percakapan jangan bercakap tentang benda yang tidak perlu. Barulah niqabkan wajah untuk menutup pintu fitnah.
Jangan berniqab atau berpurdah kerana fesyen dan ikut-ikutan. Jangan berniqab jika kau memakai tudung yang singkat. Jangan berniqab jika aurat tangan kau abaikan,jangan berniqab jika kaki yang putih terdedah buat tatapan. Jangan berniqab jika mata dihias dengan solekan secara berlebihan.
Tetapi berniqablah kerana menjaga agama ALLAH,menghindari fitnah, menjaga Aurat dan maruah kerana SUNNAH. Bukankah disetiap SUNNAH ada kejayaan??
Jangan sampai kain cebisan penutup muka itu kian pudar penghormatannya.
DI MANAKAH PERJUANGAN KITA..?DI MANAKAH PERJUAGAN KITA UNTUK MENGELAK FITNAH..?DI MANAKAH KITA UNTUK MENGAPAI REDHANYA..?
Terimalah aku seadanya... Terimalah aku dan niqabku...
Assalamualaikum dunia... Indah nya hari ini... Seharian tak jumpa buah hati beta,then just now buah hati datang hantar kereta beta. Masuk je kereta sebab nak hantar buah hati ke bengkel semula,terus dia cakap "Dengan tracksuit kau dah macam budak sekolah"... Haha... I admit it. Aku dah lama xpkai seluar tracksuit. Sejak2 dah ladies ni kan. Tiba2 teringat masa sekolah 10 tahun lepas. Memang setiap kali jumpa buah hati aku akan pakai tracksuit dengan tshirt je. Rambut ikat ponytail je. Cuma beza dengan situasi tadi aku bertudung...
Dalam keta,tiba2 buah hati pandang aku then cakap "Aku sayang kau Zaujah!!!!" Dengan mimik muka dia macam tu buat aku teringat semua kenangan kami 10 tahun lalu. Biar aku hidup dalam kenangan. Aku tak kisah kerana terlalu banyak yang indah tentang cerita Cinta kami. Sayang ku Zauj, Kau terindah sejak pertama kali kita kenal, Tidak pernah aku menyesal dengan apa yang pernah terjadi 8 tahun lepas, Kerana aku mendapatkan kau dalam keadaan yang lebih Sempurna pada mata aku, Sempurna pada hati aku, Dan sempurna pada jiwa aku... Tadi aku tak reply apa yang kau cakap,tapi sebenar nya aku jawab dalam hati aku sayang... Aku sayang kau Zauj!!!!!!! Selamanya dari Dunia,Akhirat hingga ke Syurga...
Assalamualaikum kepada entry baru aku. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim aku mulakan entry ini dengan cerita Cinta Matiku. 10 tahun lepas Bermula dengan cerita grafitty art aku dipertemukan dengan sang Jodoh. Menjadi satu tarikan apabila kami jatuh cinta pada pandangan pertama. Tidak pernah aku terfikir untuk menceritakan kisah ini kepada sesiapa tetapi aku perlu menulis supaya ia tidak hilang daripada dunia. Perkenalan yang singkat daripada seorang rakan menjadikan hubungan kami semakin rancak. Melalui hari-hari kami dengan study sama2. Keluar jalan2 sama2. Pergi orang kahwin sama2. Meski kami berlainan sekolah dia sanggup hantar dan ambil aku dari sekolah aku. In other words kami belangkas. Merasakan dunia tidak mengerti apa yang kami rasa. Segala perasaan hadir secara natural dalam biology nya,hati bersatu dalam kimianya,dan masa berlalu dalam fiziknya. Bila masa yang kami tidak bersama?? 2tahun kami menyemai rasa yang tanpa ungkapan. Aku sengaja tidak membicarakan soal hati kerana aku taknak merosakkan kebahagiaan yang sedia ada. Tapi sayang,bukan semua yang kita harapkan kita akan dapat,bak kata dunia bahagia kami bahagia sementara. Selepas 2 tahun,kami terpisah kerana satu peristiwa arahan. Kenapa aku kata peristiwa arahan? Kerana kami diarahkan supaya tidak menghubungi antara satu sama lain. Kenapa aku kata kami diarahkan? Yang betul nya dia diarahkan. Tapi dunia lupa dia adalah aku. Maka aku terpalit juga dengan arahan itu. Berat hati melepaskan dia. Tapi aku turutkan kerana aku kira dia akan bahagia. 3tahun pertama aku mencari dia. Menunggu didepan rumah seperti biasa. Tapi dia tak muncul juga. Sakitnya tidak terbendung. Rindunya tak mampu aku ungkap. Aku nampak dia dimana2 sehingga tak mampu utuk berkata2. Lalu aku memilih untuk menjauhkan diri daripada dunia. Aku mula mengasingkan diri. Buat hal aku sendiri. Aku buat grafitty dan jual pada kawan2 untuk lepaskan rindu kelmarin. Aku cuba meneruskan langkah tapi setiap kali melangkah aku tersungkur. ALLAH sangat faham aku. DIA terlalu sayangkan aku maka aku terpilih untuk ujian ini. Dari saat itu aku belajar menerima kenyataan, Aku belajar erti redha. Kemudian aku bergerak bangun semula. Hampir berjaya. Semasa tiada dia,aku menghadapi kehilangan besar dalam hidup aku untuk 2 tahun berturut-turut. Aku hilang segalanya. Tiada tempat mengadu. Hilang orang yang mahu aku dan dia bersama. Tapi aku berjaya atasi rasa sakit kehilangan itu. Sungguh. ALLAH beri aku kekuatan. Aku juga pernah belajar mencintai makhluk ALLAH yang lain tapi akhirnya kecundang juga bilamana aku hanya tempat persinggahan. 2011 Aku melangkah masuk ke ILKKM. Meneruskan cita2 yang pernah terbengkalai. Dan Januari itu juga aku mulakan penghijrahan sebenar dalam hidup aku. Disebabkan cinta yang sangat mendalam pada biology,maka terhasillah aku seperti ini :-
Inilah aku hari ini malah aku rasa lebih baik lagi. Cuma seorang manusia berbekalkan ilmu dan iman melangkah kealam pekerjaan.
Setelah hampir setahun aku bekerja,suatu petang,rutin aku untuk buka akaun facebook aku.
Ting ting!!
Luna,u have 1 new message on facebook...
Aku bukak.
Suddenly!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Muhammad Fidzrie sent you a message
Dengan penuh gemuruh hati dan akal bertindak separuh sedar. Semua kenangan aku datang bertamu. ALLAH. Apa pula kali ini?? Fidzrie yang aku kenal dia sorang je. Dengan shaking hands aku bukak mesej tu. Assalamualaikum katanya. Hati tiba2 berbunga. ALLAH je yang tahu pastinya. Segala harapan dulu kini menjadi impian. Tiba2 aku berfikir. ALLAH,cepat sangat aku meletak pengharapan, Hati pun berbisik 'Bukan cepat sangat berharap,apa yang kau rasa tu datang semula jadi,kau tahu kan kenapa'... Aku berfikir sejenak. Ya,rasa itu datang naturally. Why? Sebab inilah yang pernah terjadi 10 tahun lepas. Semua rasa datang natural,tanpa paksaan. Akal menyahut 'perasaan kau pada dia masih sama'...
ALLAH...
Bermula detik itu,bermula juga cerita kami. Ulangan rasa dahulu bertaut kembali,dan sambungan kisah cinta dahulu bersemi lagi cuma kali ini dalam versi yang lebih baik dan lebih matang.
A month after texting,at last on 21st of May 2014,we met. Aku berdebar ALLAH je yang tahu. Berpeluh kot. Aku jumpa cinta pertama aku lagi!! Siapa nak sangka...
Aku drive pergi rumah dia buat pertama kalinya,dia datang dengan senyuman. Aku suruh dia drive. Dalam hati 'Tenang luna,tenang...' Hakikatnya,aku rasa macam nak tumbuk muka dia nk tnya 'weyh bodoh!! asal kau tinggal aku dulu!!..' Damn!! Apakah??!! Aku xmampu buat macam tu. Tersenyum bahagia aku dalam hati bila dapat bersemuka lagi. Terima kasih ALLAH kerana beri peluang ini lagi pada aku :')
Bermula saat itu,kami bagai tidak dapat dipisahkan lagi. Sepanjang aku cuti kt MElaka tu,setip saat text,setiap hari mesti mahu jumpa. Dia dah hensem kot. Bukan dah hensem actually,tapi semakin hensem... Macam Jebat #bkatc ... Haha... Dulu aku kenal dia gemok lagi... HAha... Mok Mok... Rindu 8 tahun ni takkan pernah terubat malah makin hebat.
Kitaorg bersama semula. Membina impian yang pernah terbengkalai dulu. Kali ini Fidz lebih berani. Jika dulu segala rasa disembunyikan,tapi kini segalanya diluahkan. Apa yang pernah terbuku 10 tahun dulu dirungkai satu persatu. Deep. Segala rasa sangat deep. Dan kini aku gelar dia Indah. Kerana dia sangat indah pada dasarnya. Berpaksikan agama ALLAH,bersandarkan cinta kerana ALLAH,berdindingkan syariat kami membuat keputusan untuk menyatu. Hati ini sudah lama bersatu. Kali ini,cuma akad Ijab dan Qabul yang kami tunggu. Untuk menghalal kan segalanya. Terima kasih ALLAH :')
Pertemuan kali ini menjadikan Ramadhan kami lebih sempurna sifatnya. Tahajud kami lebih dalam maknanya. Dan hajat kami lebih mahu dilaksana.
Fidzrie,
Terima kasih kerana menjadikan hidup aku lebih bahagia
Terima kasih kerana kau telah melengkapkan DOA aku
Sungguh kau aku cinta
Cinta yang tak pernah terungkap itu membuat kita lebih matang mengendalikan cinta kita pada hari ini
Jadilah manusia yang berhati besar
Letakkan setiap 'kalau' dihadapan
Bersama kita melengkapkan rusuk kiri kau
Menuju SYURGA yang dijanjikan
Hubungan ini adalah adalah Syurga yang kita buat
Tiada siapa yang menguasainya
Ini tempat kita bersandar
Kuat lah sayang
Tenang lah indah
Kau harus ingat satu
Ujian buat kita takkan pernah terhenti
Tapi selagi nyawa aku mampu menghembuskan nafas
Hingga ke nafas terakhirlah akan aku pimpin dan tuntun kau
Ingat janji-janji kita
Disini aku leretkan secebis daripada moment aku dan dia
Assalamualaikum..;-)
Luna lagi... stress... exam dh habis,hati dh lega,blog xupdate2... haha...
Alhamdulillah..:-) Syukur sgt pada ALLAH S.W.T,exam berlalu,aku lulus 100% dalam paper exam sains basik ngan kebidanan... 2 benda pertama...
kejayaan untuk ibu dan ayah..:-)
2nd thing,about my siblings,rasa rindu tak tertanggung lagi... apa yang perlu aku buat?? nak balik,aku tengah jimat,tak balik aku rindu sangat2... tolong aku Ya ALLAH... aku rindu kakak aku,adik-adik aku... walaupun diaorang sume dah besar2,selagi diaorang adalah adik2,means diaorang patut dilindungi... rindu tak terbendung... rasa nak pinjam pintu doraemon,yang color pink 2... pintu suka hati,nak balik umah... huhu... Repost from last year!!! BAru nak publish... bertahun dalam draft!!
Assalamualaikum...
ari ni hari ke6 induksi bagi kumpulan akak kesayangan aku...
setiap hari aku tengok dia pakai cantik-cantik... memang dia cantik. tak dapat dinafikan....
aku sayang dia...
setiap pagi sebelum aku pergi kerja aku akan bertembung dengan bidadari itu dan dia melempar senyumnya padaku...
rasa sedih tau tak...
aku berharap masa berhenti untuk jangka masa yang lama... supaya aku masih boleh nampak dia sikat rambut depan pintu dorm dia...
supaya juga aku dapat tengok dia tersenyum n dapat dengar dia ketawa tatakala aku lalu depan dorm dia...
aku juga berharap masa berhenti supaya aku dapat bermain kejar-kejar dengan dia...
tapi sayangnya,masa akan terus berlalu... aku tahu dia akan pergi juga meninggalkan tempat ini... dan aku takkan mampu lagi mendengar suaranya... juga takkan mampu lagi melihat dia tersenyum dan ketawa...
Ya ALLAH,jagakan kakak aku untuk aku ya...
sesungguhnya aku sangat rindu dan menyayanginya...
walaupun masa berlalu tinggaklkan kami,KAU berilah dia apa yang dia ingin kan...
AMEEN YA RAUF...
ari untuk dinner group akak aku dah dekat...
aku harap sangat dia jadi bidadari indah pada malam tersebut...
aku sayang dia...
Ari ni aku sedih sangat...
perlu ke aida cakap hak berkawan hak masing-masing...
aku tak kisah dia nak kawan ngan sape pun tapi nape pqa sulong!!!!!!!!!!!!!!!
dia tu musuh aku tau x... dia bukan sape-sape... nape nak pertikaikan aku n eda??
even aku kawan ngan eda sekalipun,aku takde sampai pindah umah dia,aku tak kuar g pasar malam ngan dia... aku tak kuar ngan dia pun... baik pun just tegur- tegur cm2 je kn... tapi aida sedar tak,dia tak cm2 pun!!!
dia kawan ngan orang yang busukkn nama aku!! dia kawan ngan orang yang khianat kat aku!! dia pindah umah pqa sulong!! dia kuar SELALU ngan pqa sulong!!
aku rindu kawan aku yang dulu... dia kata dia sahabat aku,tapi sekarang nape dia kawan ngan orang yang aku tak suka?? aku tak kisah dia nak kawan ngan sape2 pun,tp tak perlu sampai pindah n kuar selalu!!!
aku bukan orang yang tak baik or jahat untuk tak maafkan orang macam pqa sulong tu,tapi aku takkan lupa sikit pun apa yang dia buat pada aku...
ALLAH,aku redha if aida bukan lagi kawan aku lagi,aku harap KAU jagalh sahabat aku yang satu tu...
Biarlah dia bahagia ngan dunia dia with pqa sulong tu...
terima kasih ALLAH kerana beri aku peluang kenal ngan aida.. Kau tetap sahabat buat aku... Aku sangat rindukan kau yang dulu Sahabat...
Bermula kisah baru dalam hidup aku. Kali ini aku menjadi diri sendiri. Tak pernah aku menjadi diri aku yang sebenar. Sebab bila nak jadi diri sendiri mesti kena hipokrit sikit. Kena berpura-pura jadi orang lain plus diri sendiri sikit.
Disini kisah baru hidup aku bermula...
1.July.2013
Bermula kisah hidup aku sebagai seorang Jururawat di salah sebuah hospital Kerajaan yang gah di Malaysia ni. Bahagia hati bila aku mampu membahagiakan hati kedua orang tua aku dan mungkin kedua
bakal mertua aku :')
Aku sangat bahagia. Bahagia kerana aku mampu membesarkan adik-adik aku. Bahagia kerana berjaya mencukupkan kehidupan adik-adik aku.
Macam-macam yang jadi sepanjang aku kt sini. Tapi semuanya aku hadap dengan bantuan ALLAH. Aku kenal ngan kan wan kedai makan kt bawah umah aku. Dia sangat lah baik. Selalu tak berkira sangat bila aku and tra pergi makan kt kedai dia.
March 2014
Bertambah ahli keluarga aku. Bulan ni aku dapat seorang abang ipar yang berasal daripada Kelantan tapi dah 15 tahun menetap di Melaka. Bahagia rasa. Muka dia cam arwah ayah. Aku tengok akak aku bahagia sangat2. Diorang duduk ngan nenek aku. Senang ckit. Ada jugak orang nak tolong tengokkan nenek aku.
Sedikit gambar untuk menceritakan betapa indah keluarga kami sekarang. Alhamdulillah... Aku sangat bahagia bila orang-orang yang aku sayang bahgia... Syukraan Ya ALLAH..:')