Assalamualaikum...
Hari ini aku nak bercerita tentang sesuatu. Perkara pelik berlaku pada aku beberapa minggu kebelakangan ini. Beberapa malam lepas,aku bermimpi didatangi seorang wanita. Daripada gayanya aku kelihatan seperti biasa melihat wanita itu. Datang kepadaku memberi sehelai kain kecil dan berkata "Kau indah,kau terpilih..."Tak lama kemudian datang sekumpulan wanita yang berpakaian sama seperti wanita yang memberi aku kain kecil tadi. Datang dengan satu cahaya terang yang aku tak tahu entah dari mana. Tiba-tiba aku tersedar. Aku sedang menangis. Apa semua ini... apa yang cuba disampaikan kepada aku.
Lalu aku bangkit daripada katil,melihat hanger yang aku gantungkan semua purdahku. Dan baru aku perasan dalam banyak-banyak purdah yang aku ada,cuma ada satu je purdah yang tidak pernah aku pakai. Dan purdah itu persis sekali dengan kain kecil yang diberi wanita dalam mimpi aku tadi. Purdah itu diberi oleh seorang pesakit aku kerana aku menjaga anaknya sepanjang anaknya berada di wad aku.
ALLAHU...
Aku akui aku berpurdah,tapi hanya pada waktu tertentu. Aku berpurdah ketika ke majlis-majlis Ilmu. Aku berpurdah apabila kaki kananku melangkah masuk ke dalam rumah ALLAH. Tapi sahabat aku bagitahu tidak mengapa jika begitu. Kerana aku masih lagi belajar tentang Islam,Aurat,Niqab dan purdah. Sahabat aku yang banyak membantu aku dalam penghijrahan aku. Terima kasih Farhana Ramadhan (Seorang Niqabis yang kuat).
Apa yang aku cuba untuk higlight kan kat sini is janganlah kamu beramal jika kamu belum berilmu.
Beberapa tahun lepas semasa aku belajar tentang penutupan Aurat yang sempurna,aku didatangi mimpi pelik juga. Aku dikerumuni sekumpulan wanita berniqab. Dan pada masa itu aku berasa sangat malu kerana hanya aku yang tidak berniqab. Rasa malu seolah-olah aku telanjang di padang pasir. Pada masa itulah aku terfikir untuk berpurdah dan mendapatkan Farhana untuk bantu aku.
Maka hijrah aku dimulakan dengan yang ringan. Sehingga hari ini aku belum cukup kuat untuk berpurdah tetapi semakin berani untuk memakainya. Terima kasih ALLAH.
Cuba kita renungkan :
SAHAJA AKU BERNIQAB HANYA KERANA ALLAH TAALA
Untuk berniqab kita kena kuat. Kena Istiqomah. ALLAH menggerakkan hati kita untuk berpurdah dan berniqab,siapa kita untuk menolaknya. Tetapi kita perlu belajar lebih lagi tentang hijrah ini.


Sebelum berniqab kita perlu :
Selidik hukumnya,selidik sirahnya,selidik sunnahnya,bertanya pada yang lebih Ariff. Cari ilmu sebanyak mungkin. Kemudian beramal lah. Jangan beramal membuta tuli kerana HANYA YANG KUAT HATI DAN IMAN NYA MAMPU MENANGKIS SEGALA KEMUNGKINAN APABILA KITA MEMILIH UNTUK BERNIQAB DAN BERPURDAH.
Yang paling penting,niqab kan hati dulu,jangan selalu bersangka buruk. Niqabkan jiwa jangan selalu bersalah sangka.Niqabkan akal jangan selalu merasa diri betul. Niqabkan percakapan jangan bercakap tentang benda yang tidak perlu. Barulah niqabkan wajah untuk menutup pintu fitnah.
Jangan berniqab atau berpurdah kerana fesyen dan ikut-ikutan. Jangan berniqab jika kau memakai tudung yang singkat. Jangan berniqab jika aurat tangan kau abaikan,jangan berniqab jika kaki yang putih terdedah buat tatapan. Jangan berniqab jika mata dihias dengan solekan secara berlebihan.
Tetapi berniqablah kerana menjaga agama ALLAH,menghindari fitnah, menjaga Aurat dan maruah kerana SUNNAH. Bukankah disetiap SUNNAH ada kejayaan??
Jangan sampai kain cebisan penutup muka itu kian pudar penghormatannya.
DI MANAKAH PERJUANGAN KITA..?DI MANAKAH PERJUAGAN KITA UNTUK MENGELAK FITNAH..?DI MANAKAH KITA UNTUK MENGAPAI REDHANYA..?
Terimalah aku seadanya... Terimalah aku dan niqabku...


.jpg)
No comments:
Post a Comment