Assalamualaikum...
Macam biasa lah bila aku dh balik Melaka kan. Mesti nak update entry. Hari ini aku bahagia. 1st sekali sebab esok raya Qurban. And mak (fizz mom) call aku pagi-pagi lagi tadi. Ajak buat Qurban bersama. Asalnya aku dah pening and tak tahu nak buat Qurban dekat mana tapi memang teringin sangat nak buat.
Syukur Alhamdulillah... ALLAH tolong mudahkan urusan aku. Dapat jugak aku rezeki untuk letak satu nama tahun ni. AidilAdha tahun ini mengajar erti pengorbanan sebenar. Bila kita betul-betul ikhlas untuk berkorban ALLAH akan berikan jalan dan tidak akan biarkan umat-NYA berkorban dengan sia-sia. Dia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Terima kasih ALLAH..:')
Ok,now for the 2nd one... Aku keluar dengan nyawa just now. Tak boleh kuar lama sebab nyawa nk ke Markas n Asar kat sana. So kami keluar awal. And decide untuk balik awal. Nak kuar malam jauh sekali kerana kami dah deal untuk tidak lagi keluar malam kecuali untuk perkara atau jika ada urusan tertentu.
Semuanya dilakukan kerana ALLAH dan kerana kami sangat mencintai antara satu sama lain. Bagi mengelakkan fitnah manusia,dan bagi mengelakkan kami sendiri terjebak dengan zina.
Ah,maaf,terpesong sekejap daripada landasan.
Haha... sebenar nya nak cakp,tadi kami beli nasi kukus ayam berempah. Tak tahu nak makan dekat mana. Last sekali nyawa decide nak makan "tempat biasa". Aku terfikir mana agaknya tempat biasa itu ya.
Yang aku tahu selalunya kami suka makan tepi pantai. Nah!!!!!!!!!! Ternyata itulah tempat biasa kami. Untuk pertama kalinya nyawa bagi nama bagi suatu moment in our relationship.
Biar bagi orang itu perkara biasa,tapi bagi aku itu luar biasa.
Indah,
Terima kasih bawak aku berjalan hari ini.
Biar sekejap asal kita hanya bercerita tentang kita
Biar sekejap asal hanya ada kita dalam cerita ini
Biar sekejap asal kau ada dengan aku sentiasa..:-)
Petang ini
Sangat buat aku tersenyum
Kau suapkan aku makan sampai habis
Itu yang buat aku lupa aku pernah menangis
Itu bahagia bagi aku
Terima kaih sayang
Kau tidak jemu melayan karenah aku yang macam anak kecil yang kuat merengek
Kau tidak jemu memujuk tatkala aku menangis
Kau sentiasa tahan kalau yang salah aku
Kau tidak marah bila yang lancang keluar daripada mulut aku
Terima kasih nyawa
Andai nafas aku terhenti disini
Kau perlu tahu tidak aku menyesal mencintai kau
Hari ini
Aku nak bagitahu jugak
Nak cakap terima kasih jugak kerana kau banyak ajarkan aku apa itu agama
Apa itu ISLAM
Terima kasih sebab selalu merungkai apa yang kepala aku tak mampu ungkaikan
Terima kasih sebab selalu bawak aku ke Masjid-masjid yang indah
Terima kasih sebab kau ajarkan aku apa itu senyum dan ketawa
Bahagiaku daripada ALLAH
ALLAH datangkan kau sebagai asbab nya
Semoga cinta kita bersatu Dunia Akhirat hingga ke Syurga
Jagalah diri kamu nyawa
Nukilan petang AidiAdha
09Zulhijjah1435Hijrah
Dari KasihZaujah buat IndahZauj
Kerana ALLAH bersatunya dua hati ini
Semoga Kekal Hingga Syurga
Aameen Ya Rauf
Aameen ya Rabbal A'lameen..:')



No comments:
Post a Comment