Wednesday, 16 July 2014

Luna : Cinta Mati


Assalamualaikum kepada entry baru aku. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim aku mulakan entry ini dengan cerita Cinta Matiku.

10 tahun lepas
Bermula dengan cerita grafitty art aku dipertemukan dengan sang Jodoh. Menjadi satu tarikan apabila kami jatuh cinta pada pandangan pertama. Tidak pernah aku terfikir untuk menceritakan kisah ini kepada sesiapa tetapi aku perlu menulis supaya ia tidak hilang daripada dunia.

Perkenalan yang singkat daripada seorang rakan menjadikan hubungan kami semakin rancak. Melalui hari-hari kami dengan study sama2. Keluar jalan2 sama2. Pergi orang kahwin sama2. Meski kami berlainan sekolah dia sanggup hantar dan ambil aku dari sekolah aku. In other words kami belangkas.  Merasakan dunia tidak mengerti apa yang kami rasa. Segala perasaan hadir secara natural dalam biology nya,hati bersatu dalam kimianya,dan masa berlalu dalam fiziknya. Bila masa yang kami tidak bersama?? 2tahun kami menyemai rasa yang tanpa ungkapan. Aku sengaja tidak membicarakan soal hati kerana aku taknak merosakkan kebahagiaan yang sedia ada. Tapi sayang,bukan semua yang kita harapkan kita akan dapat,bak kata dunia bahagia kami bahagia sementara. Selepas 2 tahun,kami terpisah kerana satu peristiwa arahan. 

Kenapa aku kata peristiwa arahan? Kerana kami diarahkan supaya tidak menghubungi antara satu sama lain. Kenapa aku kata kami diarahkan? Yang betul nya dia diarahkan. Tapi dunia lupa dia adalah aku. Maka aku terpalit juga dengan arahan itu. Berat hati melepaskan dia. Tapi aku turutkan kerana aku kira dia akan bahagia.

3tahun pertama aku mencari dia. Menunggu didepan rumah seperti biasa. Tapi dia tak muncul juga. Sakitnya tidak terbendung. Rindunya tak mampu aku ungkap. Aku nampak dia dimana2 sehingga tak mampu utuk berkata2. Lalu aku memilih untuk menjauhkan diri daripada dunia. Aku mula mengasingkan diri. Buat hal aku sendiri. Aku buat grafitty dan jual pada kawan2 untuk lepaskan rindu kelmarin. Aku cuba meneruskan langkah tapi setiap kali melangkah aku tersungkur. ALLAH sangat faham aku. DIA terlalu sayangkan aku maka aku terpilih untuk ujian ini. Dari saat itu aku belajar menerima kenyataan, Aku belajar erti redha. Kemudian aku bergerak bangun semula. Hampir berjaya.

Semasa tiada dia,aku menghadapi kehilangan besar dalam hidup aku untuk 2 tahun berturut-turut. Aku hilang segalanya. Tiada tempat mengadu. Hilang orang yang mahu aku dan dia bersama. Tapi aku berjaya atasi rasa sakit kehilangan itu. Sungguh. ALLAH beri aku kekuatan. Aku juga pernah belajar mencintai makhluk ALLAH yang lain tapi akhirnya kecundang juga bilamana aku hanya tempat persinggahan.

2011
Aku melangkah masuk ke ILKKM. Meneruskan cita2 yang pernah terbengkalai. Dan Januari itu juga aku mulakan penghijrahan sebenar dalam hidup aku. Disebabkan cinta yang sangat mendalam pada biology,maka terhasillah aku seperti ini :-



Inilah aku hari ini malah aku rasa lebih baik lagi. Cuma seorang manusia berbekalkan ilmu dan iman melangkah kealam pekerjaan.

Setelah hampir setahun aku bekerja,suatu petang,rutin aku untuk buka akaun facebook aku.

Ting ting!!
Luna,u have 1 new message on facebook...
Aku bukak.
Suddenly!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Muhammad Fidzrie sent you a message

Dengan penuh gemuruh hati dan akal bertindak separuh sedar. Semua kenangan aku datang bertamu. ALLAH. Apa pula kali ini?? Fidzrie yang aku kenal dia sorang je. Dengan shaking hands aku bukak mesej tu. Assalamualaikum katanya. Hati tiba2 berbunga. ALLAH je yang tahu pastinya. Segala harapan dulu kini menjadi impian. Tiba2 aku berfikir. ALLAH,cepat sangat aku meletak pengharapan, Hati pun berbisik 'Bukan cepat sangat berharap,apa yang kau rasa tu datang semula jadi,kau tahu kan kenapa'... Aku berfikir sejenak. Ya,rasa itu datang naturally. Why? Sebab inilah yang pernah terjadi 10 tahun lepas. Semua rasa datang natural,tanpa paksaan. Akal menyahut 'perasaan kau pada dia masih sama'...

ALLAH...
Bermula detik itu,bermula juga cerita kami. Ulangan rasa dahulu bertaut kembali,dan sambungan kisah cinta dahulu bersemi lagi cuma kali ini dalam versi yang lebih baik dan lebih matang.

A month after texting,at last on 21st of May 2014,we met. Aku berdebar ALLAH je yang tahu. Berpeluh kot. Aku jumpa cinta pertama aku lagi!! Siapa nak sangka...

Aku drive pergi rumah dia buat pertama kalinya,dia datang dengan senyuman. Aku suruh dia drive. Dalam hati 'Tenang luna,tenang...' Hakikatnya,aku rasa macam nak tumbuk muka dia nk tnya 'weyh bodoh!! asal kau tinggal aku dulu!!..' Damn!! Apakah??!! Aku xmampu buat macam tu. Tersenyum bahagia aku dalam hati bila dapat bersemuka lagi. Terima kasih ALLAH kerana beri peluang ini lagi pada aku :')

Bermula saat itu,kami bagai tidak dapat dipisahkan lagi. Sepanjang aku cuti kt MElaka tu,setip saat text,setiap hari mesti mahu jumpa. Dia dah hensem kot. Bukan dah hensem actually,tapi semakin hensem... Macam Jebat #bkatc ... Haha... Dulu aku kenal dia gemok lagi... HAha... Mok Mok... Rindu 8 tahun ni takkan pernah terubat malah makin hebat.

Kitaorg bersama semula. Membina impian yang pernah terbengkalai dulu. Kali ini Fidz lebih berani. Jika dulu segala rasa disembunyikan,tapi kini segalanya diluahkan. Apa yang pernah terbuku 10 tahun dulu dirungkai satu persatu. Deep. Segala rasa sangat deep. Dan kini aku gelar dia Indah. Kerana dia sangat indah pada dasarnya. Berpaksikan agama ALLAH,bersandarkan cinta kerana ALLAH,berdindingkan syariat kami membuat keputusan untuk menyatu. Hati ini sudah lama bersatu. Kali ini,cuma akad Ijab dan Qabul yang kami tunggu. Untuk menghalal kan segalanya. Terima kasih ALLAH :')

Pertemuan kali ini menjadikan Ramadhan kami lebih sempurna sifatnya. Tahajud kami lebih dalam maknanya. Dan hajat kami lebih mahu dilaksana.






Fidzrie,
Terima kasih kerana menjadikan hidup aku lebih bahagia
Terima kasih kerana kau telah melengkapkan DOA aku
Sungguh kau aku cinta
Cinta yang tak pernah terungkap itu membuat kita lebih matang mengendalikan cinta kita pada hari ini
Jadilah manusia yang berhati besar
Letakkan setiap 'kalau' dihadapan
Bersama kita melengkapkan rusuk kiri kau
Menuju SYURGA yang dijanjikan

Hubungan ini adalah adalah Syurga yang kita buat
Tiada siapa yang menguasainya
Ini tempat kita bersandar

Kuat lah sayang
Tenang lah indah
Kau harus ingat satu
Ujian buat kita takkan pernah terhenti
Tapi selagi nyawa aku mampu menghembuskan nafas
Hingga ke nafas terakhirlah akan aku pimpin dan tuntun kau 

Ingat janji-janji kita

Disini aku leretkan secebis daripada moment aku dan dia




10 tahun dulu kita kenal dengan rapat
2 tahun kita sembunyikan rasa
8 tahun kita terpisah
Tetapi selamanya kita bahagia

Ini lagu kita yang latest...



Salam rindu daripada aku,

Syafiqa
18 Ramadhan 1435
Demi Anas Dan Araxie
Kaulah pemilik mutlak Jiwa ini sayang

Thursday, 3 July 2014

Mereka yang utama

Hari ini aku nak bercerita tentang adik aku. Adik lelaki dan perempuan aku. Satu-satunya setiap daripada satunya.

Syahfinash 
1992

My younger sister yang sangat pandai
Ada akal yang sangat sihat
Sentap je bila berkata-kata
Adik yang rajin kemas umah

Degree holder in Electrical Engineering
Pointer never drop
Dari kecik masa umur 16 lagi dh duk asrama
Urusan persediaan nak masuk asrama memang dia terrir lh
Seorang perempian yang sangat menitik beratkan soal aurat

Banyak lagi nk cakap
Tapi nak cepat

Asrol Ariff
1994

My younger brother
The last one in my family
Diploma holder in PPKP course
Act. baru je hari itu sambung belajar

Adik bongsu biasa lh
Apa je yang leh nk ckp kn
Anak manja ibu
Ada cara sendiri dalam berbicara
Berusaha menaikkan berat badan

1st time dia masuk asrama
Akulah orang yang paling risaukan dia
Takut dia kenapa napa

Tapi apa-apa pun aku harap sangat budak 2 orang ni baik2 je

Aku sayang korang

Selamanya

Wednesday, 2 July 2014

Luna Lagi

Assalamualaikum..;-)
Luna lagi... stress... exam dh habis,hati dh lega,blog xupdate2... haha...
Alhamdulillah..:-) Syukur sgt pada ALLAH S.W.T,exam berlalu,aku lulus 100% dalam paper exam sains basik ngan kebidanan... 2 benda pertama...

kejayaan untuk ibu dan ayah..:-)


2nd thing,about my siblings,rasa rindu tak tertanggung lagi... apa yang perlu aku buat?? nak balik,aku tengah jimat,tak balik aku rindu sangat2... tolong aku Ya ALLAH...
aku rindu kakak aku,adik-adik aku... walaupun diaorang sume dah besar2,selagi diaorang adalah adik2,means diaorang patut dilindungi... rindu tak terbendung...
rasa nak pinjam pintu doraemon,yang color pink 2... pintu suka hati,nak balik umah... huhu...


Repost from last year!!! BAru nak publish... bertahun dalam draft!!

antara pekara terbaik dalam hidup Luna

Assalamualaikum...
ari ni hari ke6 induksi bagi kumpulan akak kesayangan aku...
setiap hari aku tengok dia pakai cantik-cantik... memang dia cantik. tak dapat dinafikan....
aku sayang dia...
setiap pagi sebelum aku pergi kerja aku akan bertembung dengan bidadari itu dan dia melempar senyumnya padaku...


rasa sedih tau tak...
aku berharap masa berhenti untuk jangka masa yang lama... supaya aku masih boleh nampak dia sikat rambut depan pintu dorm dia...
supaya juga aku dapat tengok dia tersenyum n dapat dengar dia ketawa tatakala aku lalu depan dorm dia...
aku juga berharap masa berhenti supaya aku dapat bermain kejar-kejar dengan dia...

tapi sayangnya,masa akan terus berlalu... aku tahu dia akan pergi juga meninggalkan tempat ini... dan aku takkan mampu lagi mendengar suaranya... juga takkan mampu lagi melihat dia tersenyum dan ketawa...

Ya ALLAH,jagakan kakak aku untuk aku ya...
sesungguhnya aku sangat rindu dan menyayanginya...
walaupun masa berlalu tinggaklkan kami,KAU berilah dia apa yang dia ingin kan...
AMEEN YA RAUF...

ari untuk dinner group akak  aku dah dekat...
aku harap sangat dia jadi bidadari indah pada malam tersebut...
aku sayang dia...

ni repost sebenarnya... 2tahun dalam draft...

Im lost her!!

Ari ni aku sedih sangat...
perlu ke aida cakap hak berkawan hak masing-masing...


aku tak kisah dia nak kawan ngan sape pun tapi nape pqa sulong!!!!!!!!!!!!!!!

dia tu musuh aku tau x... dia bukan sape-sape... nape nak pertikaikan aku n eda??
even aku kawan ngan eda sekalipun,aku takde sampai pindah umah dia,aku tak kuar g pasar malam ngan dia... aku tak kuar ngan dia pun... baik pun just tegur- tegur cm2 je kn... tapi aida sedar tak,dia tak cm2 pun!!!

 dia kawan ngan orang yang busukkn nama aku!! dia kawan ngan orang yang khianat kat aku!! dia pindah umah pqa sulong!! dia kuar SELALU ngan pqa sulong!!



aku rindu kawan aku yang dulu... dia kata dia sahabat aku,tapi sekarang nape dia kawan ngan orang yang aku tak suka?? aku tak kisah dia nak kawan ngan sape2 pun,tp tak perlu sampai pindah n kuar selalu!!!



aku bukan orang yang tak baik or jahat untuk tak maafkan orang macam pqa sulong tu,tapi aku takkan lupa sikit pun apa yang dia buat pada aku...

ALLAH,aku redha if aida bukan lagi kawan aku lagi,aku harap KAU jagalh sahabat aku yang satu tu...
Biarlah dia bahagia ngan dunia dia with pqa sulong tu...

terima kasih ALLAH kerana beri aku peluang kenal ngan aida.. Kau tetap sahabat buat aku... Aku sangat rindukan kau yang dulu Sahabat...


Akhirnya...

Bermula kisah baru dalam hidup aku. Kali ini aku menjadi diri sendiri. Tak pernah aku menjadi diri aku yang sebenar. Sebab bila nak jadi diri sendiri mesti kena hipokrit sikit. Kena berpura-pura jadi orang lain plus diri sendiri sikit. 

Disini kisah baru hidup aku bermula...

1.July.2013
Bermula kisah hidup aku sebagai seorang Jururawat di salah sebuah hospital Kerajaan yang gah di Malaysia ni. Bahagia hati bila aku mampu membahagiakan hati kedua orang tua aku dan mungkin kedua
bakal mertua aku :')

Aku sangat bahagia. Bahagia kerana aku mampu membesarkan adik-adik aku. Bahagia kerana berjaya mencukupkan kehidupan adik-adik aku.

Macam-macam yang jadi sepanjang aku kt sini. Tapi semuanya aku hadap dengan bantuan ALLAH. Aku kenal ngan kan wan kedai makan kt bawah umah aku. Dia sangat lah baik. Selalu tak berkira sangat bila aku and tra pergi makan kt kedai dia.

March 2014

Bertambah ahli keluarga aku. Bulan ni aku dapat seorang abang ipar yang berasal daripada Kelantan tapi dah 15 tahun menetap di Melaka. Bahagia rasa. Muka dia cam arwah ayah. Aku tengok akak aku bahagia sangat2. Diorang duduk ngan nenek aku. Senang ckit. Ada jugak orang nak tolong tengokkan nenek aku.











Sedikit gambar untuk menceritakan betapa indah keluarga kami sekarang. Alhamdulillah... Aku sangat bahagia bila orang-orang yang aku sayang bahgia... Syukraan Ya ALLAH..:')