10 tahun lepas
Bermula dengan cerita grafitty art aku dipertemukan dengan sang Jodoh. Menjadi satu tarikan apabila kami jatuh cinta pada pandangan pertama. Tidak pernah aku terfikir untuk menceritakan kisah ini kepada sesiapa tetapi aku perlu menulis supaya ia tidak hilang daripada dunia.
Perkenalan yang singkat daripada seorang rakan menjadikan hubungan kami semakin rancak. Melalui hari-hari kami dengan study sama2. Keluar jalan2 sama2. Pergi orang kahwin sama2. Meski kami berlainan sekolah dia sanggup hantar dan ambil aku dari sekolah aku. In other words kami belangkas. Merasakan dunia tidak mengerti apa yang kami rasa. Segala perasaan hadir secara natural dalam biology nya,hati bersatu dalam kimianya,dan masa berlalu dalam fiziknya. Bila masa yang kami tidak bersama?? 2tahun kami menyemai rasa yang tanpa ungkapan. Aku sengaja tidak membicarakan soal hati kerana aku taknak merosakkan kebahagiaan yang sedia ada. Tapi sayang,bukan semua yang kita harapkan kita akan dapat,bak kata dunia bahagia kami bahagia sementara. Selepas 2 tahun,kami terpisah kerana satu peristiwa arahan.
Kenapa aku kata peristiwa arahan? Kerana kami diarahkan supaya tidak menghubungi antara satu sama lain. Kenapa aku kata kami diarahkan? Yang betul nya dia diarahkan. Tapi dunia lupa dia adalah aku. Maka aku terpalit juga dengan arahan itu. Berat hati melepaskan dia. Tapi aku turutkan kerana aku kira dia akan bahagia.
3tahun pertama aku mencari dia. Menunggu didepan rumah seperti biasa. Tapi dia tak muncul juga. Sakitnya tidak terbendung. Rindunya tak mampu aku ungkap. Aku nampak dia dimana2 sehingga tak mampu utuk berkata2. Lalu aku memilih untuk menjauhkan diri daripada dunia. Aku mula mengasingkan diri. Buat hal aku sendiri. Aku buat grafitty dan jual pada kawan2 untuk lepaskan rindu kelmarin. Aku cuba meneruskan langkah tapi setiap kali melangkah aku tersungkur. ALLAH sangat faham aku. DIA terlalu sayangkan aku maka aku terpilih untuk ujian ini. Dari saat itu aku belajar menerima kenyataan, Aku belajar erti redha. Kemudian aku bergerak bangun semula. Hampir berjaya.
Semasa tiada dia,aku menghadapi kehilangan besar dalam hidup aku untuk 2 tahun berturut-turut. Aku hilang segalanya. Tiada tempat mengadu. Hilang orang yang mahu aku dan dia bersama. Tapi aku berjaya atasi rasa sakit kehilangan itu. Sungguh. ALLAH beri aku kekuatan. Aku juga pernah belajar mencintai makhluk ALLAH yang lain tapi akhirnya kecundang juga bilamana aku hanya tempat persinggahan.
2011
Aku melangkah masuk ke ILKKM. Meneruskan cita2 yang pernah terbengkalai. Dan Januari itu juga aku mulakan penghijrahan sebenar dalam hidup aku. Disebabkan cinta yang sangat mendalam pada biology,maka terhasillah aku seperti ini :-
Inilah aku hari ini malah aku rasa lebih baik lagi. Cuma seorang manusia berbekalkan ilmu dan iman melangkah kealam pekerjaan.
Setelah hampir setahun aku bekerja,suatu petang,rutin aku untuk buka akaun facebook aku.
Ting ting!!
Luna,u have 1 new message on facebook...
Aku bukak.
Suddenly!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Muhammad Fidzrie sent you a message
Dengan penuh gemuruh hati dan akal bertindak separuh sedar. Semua kenangan aku datang bertamu. ALLAH. Apa pula kali ini?? Fidzrie yang aku kenal dia sorang je. Dengan shaking hands aku bukak mesej tu. Assalamualaikum katanya. Hati tiba2 berbunga. ALLAH je yang tahu pastinya. Segala harapan dulu kini menjadi impian. Tiba2 aku berfikir. ALLAH,cepat sangat aku meletak pengharapan, Hati pun berbisik 'Bukan cepat sangat berharap,apa yang kau rasa tu datang semula jadi,kau tahu kan kenapa'... Aku berfikir sejenak. Ya,rasa itu datang naturally. Why? Sebab inilah yang pernah terjadi 10 tahun lepas. Semua rasa datang natural,tanpa paksaan. Akal menyahut 'perasaan kau pada dia masih sama'...
ALLAH...
Bermula detik itu,bermula juga cerita kami. Ulangan rasa dahulu bertaut kembali,dan sambungan kisah cinta dahulu bersemi lagi cuma kali ini dalam versi yang lebih baik dan lebih matang.
A month after texting,at last on 21st of May 2014,we met. Aku berdebar ALLAH je yang tahu. Berpeluh kot. Aku jumpa cinta pertama aku lagi!! Siapa nak sangka...
Aku drive pergi rumah dia buat pertama kalinya,dia datang dengan senyuman. Aku suruh dia drive. Dalam hati 'Tenang luna,tenang...' Hakikatnya,aku rasa macam nak tumbuk muka dia nk tnya 'weyh bodoh!! asal kau tinggal aku dulu!!..' Damn!! Apakah??!! Aku xmampu buat macam tu. Tersenyum bahagia aku dalam hati bila dapat bersemuka lagi. Terima kasih ALLAH kerana beri peluang ini lagi pada aku :')
Bermula saat itu,kami bagai tidak dapat dipisahkan lagi. Sepanjang aku cuti kt MElaka tu,setip saat text,setiap hari mesti mahu jumpa. Dia dah hensem kot. Bukan dah hensem actually,tapi semakin hensem... Macam Jebat #bkatc ... Haha... Dulu aku kenal dia gemok lagi... HAha... Mok Mok... Rindu 8 tahun ni takkan pernah terubat malah makin hebat.
Kitaorg bersama semula. Membina impian yang pernah terbengkalai dulu. Kali ini Fidz lebih berani. Jika dulu segala rasa disembunyikan,tapi kini segalanya diluahkan. Apa yang pernah terbuku 10 tahun dulu dirungkai satu persatu. Deep. Segala rasa sangat deep. Dan kini aku gelar dia Indah. Kerana dia sangat indah pada dasarnya. Berpaksikan agama ALLAH,bersandarkan cinta kerana ALLAH,berdindingkan syariat kami membuat keputusan untuk menyatu. Hati ini sudah lama bersatu. Kali ini,cuma akad Ijab dan Qabul yang kami tunggu. Untuk menghalal kan segalanya. Terima kasih ALLAH :')
Pertemuan kali ini menjadikan Ramadhan kami lebih sempurna sifatnya. Tahajud kami lebih dalam maknanya. Dan hajat kami lebih mahu dilaksana.
Fidzrie,
Terima kasih kerana menjadikan hidup aku lebih bahagia
Terima kasih kerana kau telah melengkapkan DOA aku
Sungguh kau aku cinta
Cinta yang tak pernah terungkap itu membuat kita lebih matang mengendalikan cinta kita pada hari ini
Jadilah manusia yang berhati besar
Letakkan setiap 'kalau' dihadapan
Bersama kita melengkapkan rusuk kiri kau
Menuju SYURGA yang dijanjikan
Hubungan ini adalah adalah Syurga yang kita buat
Tiada siapa yang menguasainya
Ini tempat kita bersandar
Kuat lah sayang
Tenang lah indah
Kau harus ingat satu
Ujian buat kita takkan pernah terhenti
Tapi selagi nyawa aku mampu menghembuskan nafas
Hingga ke nafas terakhirlah akan aku pimpin dan tuntun kau
Ingat janji-janji kita
Disini aku leretkan secebis daripada moment aku dan dia
10 tahun dulu kita kenal dengan rapat
2 tahun kita sembunyikan rasa
8 tahun kita terpisah
Tetapi selamanya kita bahagia
Ini lagu kita yang latest...
Salam rindu daripada aku,
Syafiqa
18 Ramadhan 1435
Demi Anas Dan Araxie
Kaulah pemilik mutlak Jiwa ini sayang





No comments:
Post a Comment